Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) akan melaksanakan pendekatan serampang empat mata bagi memastikan visi meningkatkan pendapatan dan keuntungan sebanyak lapan kali ganda tercapai dalam tempoh lapan tahun ini.
Pendekatan pertama adalah memastikan semua strategi pengembangan perniagaan yang sedang dan akan dilaksanakan dengan baik, cekap dan sistematik.
Kedua, membangunkan modal insan, iaitu membawa masuk barisan kepakaran baru bagi meningkatkan tahap kecekapan, kreativiti dan inovasi, sekali gus dapat membantu meningkatkan keberkesanan operasi dalam kumpulan.
Ketiga, menumpukan usaha meningkatkan jumlah keluasan ladang dan penerokaan pasaran baru di ASEAN, Afrika dan pasaran global lain.
Keempat, menggiatkan usaha amalan agronomi lebih baik bagi meningkatkan jumlah pengeluaran tandan buah segar (FFB), meningkatkan produktiviti melalui pelaksanaan teknik yang lebih baik serta meningkatkan kadar ekstrak minyak (OER) di kilang sawit.
Semua empat pendekatan itu adalah fokus utama yang sedang dilaksanakan kumpulan perladangan sawit ketiga terbesar dunia dari segi keluasan ladang itu dalam tempoh 100 hari selepas penyenaraiannya.
Empat pendekatan
Mengulas mengenainya, Presiden Kumpulannya, Datuk Sabri Ahmad, berkata pendekatan itu, dijadikan teras Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dalam setiap segmen operasi kumpulan yang mana perlu dicapai oleh eksekutif kanan pengurusannya.
“Empat pendekatan itu adalah tumpuan kumpulan pengurusan dalam setiap segmen perniagaan FGV dalam tempoh 100 hari selepas penyenaraiannya, bermula dari segmen huluan, pertengahan hinggalah ke bahagian hiliran.
Berita Harian
No comments:
Post a Comment