Wednesday, July 11, 2012

Hijau 'Sokmo' Lindungan Alam Sekitar

Pelajar gembira setelah menyertai Program Alam Sekitar yang bertemakan Hijau Sokmo di Kampung Penarik, Setiu, semalam.
Seramai 50 pelajar menyertai Program Alam Sekitar yang bertemakan Hijau 'Sokmo' anjuran Blue Archipelago Bhd. dalam menjayakan program kemasyarakatannya di Kampung Penarik dekat Setiu, semalam.

Pada program itu, para pelajar terlibat dari Sekolah Kebangsaan (SK) Saujana itu menanam 250 anak pokok pelbagai spesies yang hidup di kawasan air payau seperti pokok nipah, api-api, jambu air dan bakau kurap.

Ketua Pegawai Eksekutif Blue Archipelago Bhd., Abu Bakar Ibrahim berkata, program itu disertai oleh pelajar tahun lima serta enam.

Ia merupakan salah satu inisiatif pihaknya bagi menjamin kelestarian alam selaras dengan amalan Mesra Alam Sekitar yang menjadi pegangan syarikat

Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment