Sunday, July 1, 2012

Kekalahan Berganda Pasukan Terenggganu Timbulkan Keresahan


Jaringan pemain import Mohamad Ghaddar pada minit ke-25 membantu Kelantan memintas Lions XII dari Singapura dengan kelebihan satu mata selepas 22 perlawanan malam kelmarin.
Kekalahan berganda untuk Terengganu.

Sang Penyu kalah di Alor Setar kepada Kedah dan T-Team pula tewas di tempat sendiri kepada Felda United.

Maknanya janji mahu melakar kemenangan pada lima baki perlawanan kepada kedua-dua pasukan belum tertunai!

Malah, kedudukan ini pastinya akan menimbulkan keresahan dan membuka ruang kepada perbincangan pelbagai sudut mengenai nasib pengurusan, jurulatih dan pemain-pemain sebagai persediaan menghadapi musim Piala Malaysia yang akan berlangsung lepas Aidilfitri nanti.

Kedah semalam melakukan kejutan apabila berjaya mengalahkan Terengganu 2-1 pada perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam ini.

Kegembiran Terengganu yang berjaya memperolehi gol seawal minit kedua menerusi Mohd Muslim Ahamad tidak kekal lama apabila penyerang Kedah, Mohd Khyril Muhymeen menyamakan kedudukan pada minit ke-20.

Badrol Bakhtiar menambah duka pasukan tuan rumah apabila menjaringkan gol kemenangan Kedah pada minit ke-68.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, semalam Felda United menang tipis 1-0 kepada T-Team. Kekalahan berterusan T-Team ini pastinya akan membuka ruang kepada perbincangan apakah pasukan ini perlu terus disokong oleh kerajaan negeri atau sebaliknya.

Turut mengutip tiga mata pada malam ini ialah Sarawak apabila mengalahkan Johor FC 3-1 di Stadium Negeri Sarawak, Kuching. Gol Sarawak hadir pada babak kedua perlawanan apabila Yusri Derma Raju menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-52 diikuti dengan oleh Guy Bwele (59) dan Zamri Morshidi pada minit ke-64 manakala gol saguhati Johor FC disumbangkan oleh Mohd Haris Safwan pada minit ke-71.

Pasukan tercorot, Kuala Lumpur pula tewas 2-4 kepada Sabah di Stdium Likas, Kota Kinabalu. Gol pasukan Sabah dijaringkan Razid Gapar minit ke-11, Shahrudin Yakub (53'), Radzi Mohd Hussin (77') dan Leopold Alfonso pada minit ke-88.

Zakaria Charara dan Muhd Afiq Azmi masing-masing menyumbang satu gol kepada pasukan Kuala Lumpur pada minit ke-73 dan minit ke-82.

Manakala Selangor PKNS menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya.

Pada perlawanan malam kelmarin, Kelantan berjaya merampas kedudukan persada liga daripada pasukan Lions XII apabila mengalahkan Selangor 1-0 pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu.

Jaringan pemain import Mohamad Ghaddar pada minit ke-25 membantu Kelantan memintas Lions XII dari Singapura dengan kelebihan satu mata selepas 22 perlawanan.

No comments:

Post a Comment