Atlet Terengganu, Amira Syahirah Mohd Zulkefl i bersama kudanya Dicky meraikan kemenangan apabila mengungguli acara Individu Show Jumping pada Sukma, kelamrin. |
Tepat jam 10 pagi kelmarin menjadi detik bersejarah bagi kontijen Terengganu apabila pesilatnya, Norfarana Mohd berjaya memberikan pingat emas ke-47 setelah menewaskan pesilat dari Perak bagi kategori kelas bebas puteri seterusnya melengkapkan sasaran kutipan pingat emas negeri itu pada temasya Sukan Malaysia ke-15 dari Dewan IKBN Temerloh.
Rozi menerima berita gembira sambil disaksikan oleh Wan Nawawi itu di bilik urusetia kontinjen Terengganu di Hotel MS Garden kelmarin. |
Menurutnya, kejayaan itu juga membuktikan bahawa Terengganu mampu bangkit memberi siangan biarpun tanpa beberapa acara ‘favourite’ yang tidak dipertandingkan.
“Pada tahun ini kita bangkit dalam siatuasi yang amat perit apabila bukan sahaja acara kegemaran kita tidak dipertandingakan malah atlet berpontensi kita juga perlu mengalas tugas yang lebih besar di Olimpik London.
“Alhamdulillah berkat sokongan daripada semua pihak terutamanya atlet itu sendiri kita mampu mencapai sasaran pingat emas seterusnya memintas dominasi daripada pasukan Selangor,” katanya ketika meriakan pencapaian sasaran emas di bilik urusetia kontijen Terengganu di sini, semalam.
Hadir sama, Ketua Kontinjen Terengganu, Wan Nawawi Wan Ismai.
Dalam pada itu, Rozi turut mengharapkan atlet Terengganu terus berjuang dalam meraih lebih banyak pingat bagi acara yang masih dipertandingkan dengan semangat ‘Terengganu Hanelang’.
Untuk rekod pingat emas pertama berjaya diraih menerusi atlet taekwondo, Sharifah Maryam Alawiah Syed Abdul Hamid bagi kategori ‘light weight bawah 67 kg’ di Dewan Kompleks Sukan, Universiti Pahang (UMP) pada 4 Julai lalu.
No comments:
Post a Comment