Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan peruntukan berjumlah RM100 juta bagi penubuhan Dana Sukarelawan 1Malaysia (DRe1M) yang bertujuan merangsang aktiviti sukarelawan dalam kalangan belia.
Perdana Menteri berkata, dana tersebut akan disalurkan kepada pertubuhan belia, badan bukan kerajaan dan kumpulan belia yang tidak menganggotai mana-mana pertubuhan sukarelawan.
Najib bersalaman dengan belia yang hadir pada maljlis pelancaran 1M4U di Esplanade KLCC, Kuala Lumpur semalam. Turut hadir, Ahmad Shabery (dua dari kiri). |
"Kita bukan mahu mengajar (belia) dengan dana yang mewah tetapi mereka perlu ada sokongan untuk mengadakan program dan aktiviti," katanya pada pelancaran program 1Malaysia For Youth (1M4U) di Esplanade KLCC di Kuala Lumpur, semalam.
Program sehari yang diisi dengan pelbagai aktiviti sukarela itu dihadiri kira-kira 50,000 belia dari seluruh negara.
Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.
Najib berkata, belia yang berminat boleh memohon dana DRe1M melalui laman web www.1m4youth.com.my.
Beliau menambah, bagi memastikan setiap program di bawah platform 1M4U berjalan lancar, kerajaan menubuhkan Lembaga Pemegang Amanah 1M4U.
No comments:
Post a Comment