Pengorbanan Muhd Ajmal Aiman Mat Hassan melepaskan peluang beraksi di Kejohanan Olahraga Remaja Dunia yang sedang berlangsung di Barcelona, Sepanyol berbaloi apabila meraih pingat emas acara 110m lari berpagar lelaki Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 semalam.
Pada acara yang berlangsung di Stadium Darul Makmur di sini,
Muhd Ajmal Aiman menyumbangkan pingat emas keenam buat kontinjen Terengganu dalam acara olahraga apabila menamatkan perlumbaan itu dengan masa 14.67 saat.
Pingat perak milik pelari Selangor, Alif Ashraf Mohd Razali yang mencatat 14.80s manakala Jad Naeman Washif dari Sabah meraih gangsa selepas mencatatkan masa 15.06s.
Muhd Ajmal Aiman berkata beliau bangga dengan kejayaan itu kerana dapat membantu kontinjen Terengganu dalam pungutan pingat.
"Bagi saya berbakti untuk negeri sendiri adalah lebih besar nilai," kata pelari berusia 19 tahun itu.
No comments:
Post a Comment