Monday, July 30, 2012

Program Kembara Jalur Gemilang JPN 27 Julai Hingga 12 Ogos

Datuk Seri idris Jusoh melancarkan Program Kembara Jalur Gemilang JPN di Nyior Tujuh, Jertih.
Program Kembara Jalur Gemilang Jabatan Penerangan Negeri (JPN) Terengganu menganjurkan Program Kembara Jalur Gemilang Ramadan melibatkan semua tujuh daerah di negeri itu bermula 27 Julai lalu sehingga 12 Ogos depan bagi menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan pada tahun ini.

Penolong Pengarahnya, Mohd. Iskandar Jaafar berkata, program itu juga diadakan bagi menyuntik semangat cintakan negara di kalangan penduduk tempatan.

Katanya, kembara itu akan bermula di Masjid Al-Taqwa Kampung Nyior Tujuh, Besut pada pukul 4 petang hingga 11 malam Jumaat lalu

"Program ini kemudian diteruskan keesokannya di Masjid Kampung Pak Be, Langkap, Setiu dan diikuti Surau Balai Maras, Batu Rakit, Setiu, pada 31 Julai manakala pada 1 Ogos pula, program yang sama diadakan di Rumah Anak Yatim Akhyar di daerah itu.

Kembara selama 17 hari itu itu bakal berakhir di Surau Sekolah Kebangsaan Kertih, Kemasek pada 12 Ogos depan," katanya dalam kenyataan akhbar di Kuala Teregganu, Jumaat lalu.

Sementara itu, Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadan 2012 yang memulakan pengembaraan memilih Kampung Nyior Tujuh, dekat Jertih, sebagai lokasi pertama persingahan dan pelancaran aktiviti kembara.

Sempena program pihak penganjur mengatur beberapa acara sampingan termasuk jelajah daerah, solat asar berjemaah bersama penduduk dan majlis penyampaian sumbangan kepada penduduk miskan di kampung terbabit.

Majlis yang dirasmikan pelancarannya oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih, Datuk Seri Idris Jusoh, yang berlangsung diperkarangan masjid kampung itu turut mengagih-agihkan jalur gemilang kepada orang ramai.

Hadir sama ialah Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Terengganu,Mohd Iskandar Jaafar, Ketua Polis Daerah Besut, Superentendan Kamaruddin Mohd Zakaria dan Pegawai Penerangan Daerah Besut,Halimah Adam.

Kembara Merdeka yang memulakan jelajahnya di Besut akan meneruskan perjalanan ke daerah Setiu dan semua daerah negeri ini sebagai tanda simbolik bagi membangkitkan semangat patriotik dikalangan rakyat negeri ini.

Peserta kembara juga didedahkan aktiviti kemasyarakatan dan sosial apabila mereka diberi peluang mendekati penduduk dengan mengagih-agihkan sumbangan makanan kepada golongan miskin yang terpilih.

Berucap pada majlis itu, Idris yang juga Pengerusi MARA mahu penduduk negeri ini bersyukur dengan kejayaan yang dicapai oleh negara hasil perancangan pemimpin dan mampu mengurus negara dengan baik dan berkesan sejak merdeka.

Katanya, rakyat negara ini juga jangan lupa sejarah hasil kemerdekaan yang membawa kesejahteraan dan keamanan kepada negara adalah hasil kesungguhan kerajaan di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang berjaya mentadbir negara tanpa sebarang masalah.

No comments:

Post a Comment