Tuesday, July 24, 2012

Sang Penyu Belum Pasti Guna Pemain Pinjaman Hadapi Piala Malaysia

Terengganu belum pasti menggunakan khidmat beberapa pemain pinjaman untuk menghadapi saingan Piala Malaysia yang akan bermula selepas hari raya Aidilfitri nanti.

Menegaskan demikian, pengurus pasukan Datuk Che Mat Jusoh berkata ini kerana pemain-pemain pilihan yang menjadi rebutan di kalangan pasukan yang bertanding telahpun diambil oleh pasukan lain.

Menurut beliau yang juga Yang Dipertua Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), skuad Penyu mungkin akan memberi perhatian sepenuhnya kepada pemain-pemain sedia ada kerana mereka juga merupakan pemain yang baik dan perlu diperkemaskan sahaja.


Che Mat berkata beliau yakin beberapa orang pemain utama yang mengalami kecederaan seperti pemain tengah, Reeshafiq Alwi, Manaf Mamat (penyerang) dan Sharbinee Allawee (penjaga gol) dijangka akan sembuh menjelang perlawanan itu.

Terdahulu, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata kerajaan negeri sedia menggunakan khidmat pemain luar untuk memantapkan pasukan Terengganu sekiranya berjaya melangkah ke saingan Piala Malaysia.

No comments:

Post a Comment