Saturday, July 7, 2012

Selangor Terus Dominasi Kutipan Pingat, Terengganu Dengan 4 Emas


Selangor terus mendominasi kutipan pingat pada hari keenam Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 dengan meraih tujuh pingat emas, lima perak dan lima gangsa.

Pencabar utama, Pulau Pinang yang menduduki tempat kedua mengikut rapat dengan kutipan lima emas dan empat gangsa.

Sarawak pula menduduki tangga ketiga dengan menggumpul empat emas, dua perak dan lima gangsa.


Sarawak muncul juara keseluruhan bagi acara taekwondo yang berakhir hari ini, apabila mengutip empat emas, dua perak dan dua perak untuk mengatasi pencabar utama, Terengganu yang meraih empat emas, satu perak dan dua gangsa.

Sarawak dinobatkan sebagai juara keseluruhan kejohanan taekwando Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 dengan memungut empat pingat emas, dua perak dan dua gangsa pada hari terakhir kejohanan itu di Kuantan,  Jumaat.

Sarawak mengatasi pencabar utama Terengganu dengan kelebihan satu pingat perak.

Terengganu berada di tempat kedua dengan empat emas, satu perak dan dua gangsa manakala tempat ketiga disandang oleh pasukan Selangor dengan tiga pingat emas, dua perak dan satu gangsa.

Presiden Persatuan Taekwando Negeri Sarawak, Mohd Salleh Sani berkata kejayaan skuad Sarawak ini adalah hasil usaha dan kerja keras semua ahli kontinjen sejak dari awal pertandingan.

"Kalau kita berkerja keras pasti ada kejayaan di hujungnya, berdasarkan kepercayaan tersebut saya yakin kontinjen Sarawak mampu mengekalkan kejuaraan pada edisi Sukma berikutnya," kata kepada pemberita pada majlis penutupan acara itu di Universiti Malaysia Pahang di Kuantan.

No comments:

Post a Comment