Monday, July 16, 2012

Sepak Takraw - Terengganu Juara Kali Ke 2

Skuad sepak takraw Terengganu berjaya mempertahankan kejuaraan buat kali kedua berturut-turut apabila menumpaskan Wilayah Persekutuan 2-0 dalam acara berpasukan lelaki di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Kuantan, semalam.

Pada perlawanan akhir itu, Terengganu menguasai saingan apabila regu A mereka menewaskan regu A Wilayah Persekutuan 15-11, 15-4.


Terengganu meraih mata kemenangan menerusi regu B yang menundukkan regu B Wilayah Persekutuan 17-16, 15-13.

Pingat gangsa acara itu milik pasukan Kelantan dan Pulau Pinang. Dalam kategori wanita berpasukan, Pulau Pinang berjaya meraih pingat emas setelah menewaskan Sarawak 2-1.

No comments:

Post a Comment