Thursday, July 5, 2012

Taruhan RM49.9j: 100 "Bookie" Euro 2012 Ditahan

Polis menahan 100 "bookie" dan menyelamatkan wang petaruhan berjumlah RM49.9 juta sepanjang Ops Soga yang dilancarkan sempena kejohanan bola sepak Euro bermula 1 Mei hingga Isnin lepas.

Mereka yang ditahan terdiri daripada 83 lelaki dan 17 wanita berusia antara 20 dan 65 tahun, termasuk empat rakyat asing iaitu masing-masing dua rakyat Singapura dan Indonesia.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, polis turut merampas pelbagai barangan yang diguna untuk kegiatan itu antaranya set komputer, telefon bimbit, kertas bookie, mesin kira-kira serta wang tunai RM78,160.

No comments:

Post a Comment