Thursday, July 5, 2012

TSG Berlatih Malam Untuk Hadapi Tour Of China Dan Tour Of Brunei

Pasukan Lumba Basikal Profesional, Terengganu Cycling Team (TSG) akan mengadakan latihan pada sebelah malam sepanjang Ramadan ini sebagai persediaan menghadapi Tour of China dan Tour of Brunei pada September.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Hadi Hassan berkata TSG akan menyertai kedua-dua kejohanan itu sebelum menutup tirai aktivitinya tahun ini.

"Sepatutnya kita menyertai empat kejohanan sebelum melabuhkan tirai aktiviti tahun ini tetapi kita terpaksa menolak dua lagi acara iaitu Tour of Hokkaido, Jepun dan Tour of East Java, Indonesia," katanya ketika di Kuala Terengganu, semalam.

Hadi berkata kejohanan Tour of China akan diadakan dalam dua peringkat iaitu peringkat pertama dari 7 hingga 12 Sept manakala peringkat kedua pula daripada 23 hingga 25 September.

Tour of Brunei berlangsung dari 26 hingga 29 September dan TSG akan menghantar pelumba ke kedua-dua kejohanan itu masing-masing tujuh dan enam orang.

No comments:

Post a Comment