Saturday, July 14, 2012

Wajah 'Masuk TV' Jadi Dorongan Nuramalia Haneesha Mazlan


Hanya semata-mata mahu melihat wajahnya masuk televisyen dan terpampang di dada akhbar, ia menjadi dorongan kepada pemanah Nuramalia Haneesha Mazlan melakukan bidikan terbaik sekali gus memenangi emas acara recurve 70 meter di Padang POLISAS, semalam.

“Saya teringin masuk TV dan melihat wajah terpampang dada akhbar. Itu sebab saya tekad melakukan terbaik,” kata pemanah yang baru berusia 12 tahun selepas membidik 299 mata – tiga mata mengatasi Nur Atiqah Aziz dari Melaka dan pemanah Johor, Norhuda Azida Zolkifli.


Impian anak kedua daripada empat beradik itu akhirnya tercapai apabila dia kemudian menjadi tumpuan wartawan media cetak dan elektronik kerana kejayaan itu adalah pencapaian luar biasa dan melakar sejarah tersendiri.

Kekal dalam sukan ini Ini kerana ia menjadikan murid Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak, Kuala Terengganu itu muncul pemanah termuda dalam sejarah pertandingan memanah SUKMA menang emas dengan ‘membidik’ 48 pemanah yang lebih berpengalaman dan matang daripadanya.

Sememangnya, pencapaian Nuramalia itu mengagumkan kerana diakui bukan mudah untuk seorang budak sebayanya menarik busar dan membidik tepat anak panah yang jelas memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang tinggi.

“Selepas raih emas ini, saya tidak mungkin beralih arah lagi dan akan terus kekal beraksi dalam sukan ini dengan harapan satu hari nanti dapat mewakili negara bertanding di Sukan Olimpik,” kata Nuramalia yang bagaimanapun kecewa gagal dalam acara recurve 60 meter pada saingan sebelah petang.

No comments:

Post a Comment