Laporan Teganuku mengenai bapa saman anak sebelum ini. |
Meskipun keputusan Mahkamah Tinggi Syariah di Kuala Terengganu, kelmarin berpihak kepada Mustafa Ismail, 66, namun jauh di sudut hatinya tersimpan ruang kemaafan untuk melihat anak kandungnya kembali bersama.
Pesara syarikat cari gali minyak itu berkata, dia terpaksa bertindak nekad menyaman anak sulungnya, Nasrun, 39, kerana itu saja jalan terakhir untuk melihat anaknya itu menjenguk keluarga dan dua anak yang ditinggalkan lebih lapan tahun lalu.
Katanya, dia mengambil tindakan berkenaan semata-mata untuk mengajar anaknya dan itu saja cara yang ada untuk bertemu dengannya.
“Bertahun dia tidak pulang menjenguk kami dan dua anaknya yang sering berharap dapat berjumpa bapa mereka.
“Saya tunaikan apa yang termampu dan mahkamah buat keputusan. Sebarang tindakan saya serahkan pada mahkamah.
Kini kami hanya menunggu kepulangannya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Beladau Kolam di Kuala Terengganu.
Akhbar semalam melaporkan, seorang pengurus syarikat cari gali minyak diperintahkan membayar RM18,866.50 dan memohon maaf secara terbuka mengikut hukum syarak kepada kedua-dua ibu bapa serta dua anaknya yang diabaikan sejak lebih lapan tahun lalu
Arahan itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini
Harian Metro
No comments:
Post a Comment