Thursday, August 9, 2012

LPP Terengganu Wujud Pasar Tani Bantu Tingkat Pendapatan Ahli

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Terengganu merancang memperluas lagi pasar tani seliaan lembaga itu, terutama di kawasan yang belum diterokai Fama, bagi meningkatkan pendapatan golongan peladang di negeri ini.

Pengarahnya Shamsuddin Mat Rani berkata berkata konsep pasar tani Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) tidak banyak berbeza dengan pasar tani Fama iaitu lebih kepada jualan bahan-bahan yang dihasilkan petani.


Katanya mungkin pasar tani LPP nanti ada sedikit kelainan apabila barang-barang kraf turut dijual di situ. Pada masa ini, LPP memberi perhatian untuk membuka pasar tani peladang di kawasan Paka Dungun tidak lama lagi, katanya baru-baru ini.

Pasar tani pertama diwujudkan oleh PPK Bukit Diman, Hulu Terengganu dengan kerjasama Fama di Kampung Menerong Bukit Diman awal bulan ini.

No comments:

Post a Comment