Gambar Fail - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said pada Majlis Penyerahan Durian Runtuh kepada para peneroka Felda di Felda Jerangau Barat, Hulu Terengganu pertengahan Mei lalu. |
Pengurus Besar Felda Wilayah Terengganu Abd Malib Abd Rani berkata peneroka yang masih menghantar tuaian buah kelapa sawit kepada Felda akan menerima wang Aidilfitri itu sebanyak RM400 manakala peneroka yang menjualnya kepada pihak lain akan menerima RM200.
"Tapi bilangan yang menerima RM200 ini kecil. Ia tidak sampai 10 peratus pun daripada jumlah peneroka yang ada di negeri Terengganu.
"Bantuan ini diharap dapat meringankan beban keluarga peneroka untuk menyambut Aidilfitri tahun ini dan dibayar selewat-lewatnya sebelum 15 Ogos ini," katanya kepada Bernama di Kuala Terengganu, semalam.
Felda akan mula mengagihkan RM2 juta wang Aidilfitri kepada 7,463 keluarga peneroka di 20 tanah rancangan Felda di negeri ini mulai 8 Ogos.
Katanya pemberian wang Hari Raya Aidilfitri ini ibarat tambahan bonus kepada peneroka Felda di seluruh negara di mana baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian wang Hari Raya Aidilfitri berjumlah RM43.2 juta.
Pengumuman itu membawa kegembiraan berganda kepada peneroka kerana sebelum ini mereka diberi RM10,000 tunai bagi setiap keluarga peneroka (suami RM5,000, isteri RM5,000) dan bakal dibayar RM5,000 lagi kepada anak-anak peneroka tidak lama lagi ekoran penyenaraian Felda di Bursa Malaysia.
"Kita harap duit 'durian runtuh' yang mereka dapat digunakan sebaiknya dan kita juga kini sedang bekerjasama dengan wakil Tabung Haji bagi memudahkan mana-mana peneroka yang berminat membuka akaun simpanan," katanya.
No comments:
Post a Comment