Saturday, August 25, 2012
Pengurusan Hospital Besut (HB) Diminta Prihatin Aduan Pesakit
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan,Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Dr A Rahman Mokhtar, mengejutkan pengurusan Hospital Besut (HB) apabila beliau bertindak menemui petugas selepas menerima aduan tidak puas hati daripada orang ramai terhadap hospital itu.
Bukan itu, sahaja beliau juga bersemuka dengan seorang pengadu yang tidak puas hati terhadap layanan kakitangan HB dalam satu pertemuan khas sempena lawatan mengejut beliau ke HB semalam.
Dr A Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut pada sesi pendengaran awam di hospital itu antara beliau,pihak pengurusan dan pengadu mendengar pandangan dan aduan pelbagai pihak untuk menyelesaikan masalah beerlaku di hospital itu.
Berikutan itu, beliau mahu pihak Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu menjalankan sisatan segera terhadap semua aduan pesakit yang tidak puas hati dengan mutu perkhidmatan hospital berkenaan yang kini banyak dibangkitkan oleh penduduk setempat.
Katanya, beberapa unit yang sering menjadi tumpuan pesakit termasuk unit kecemasan, pesakit luar dan farmasi hendaklah diberi keutamaan dengan mengutamakan kehendak orang ramai.
Beliau juga meminta pihak HB memandang serius runggutan orang ramai termasuk melalui facebook dan blog walaupun media itu mungkin ada yang tidak mempunyai asas ketika membuat aduan dan komen.
Sementara itu orang ramai khasnya pesakit memuji usaha yang dilakukan Dr A Rahman kerana bertindak pantas untuk menyelesaikan pelbagai perkara yang dibangkitkan mereka terhadap hospital itu.
Beliau juga akan menemui lebih ramai pengadu untuk mendengar sendiri masalah dihadapi dan mereka yang sering menghadapi masalah dengan HB diminta berhubung terus dengan beliau dan disertakan dengan bukti secara bertulis
Teganukita
No comments:
Post a Comment