Wednesday, August 29, 2012

Piala Malaysia - Terengganu, T-Team Gigit Jari…Negeri Sembilan Tergugat

Penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha (tengah) bersaing dengan pemain pertahanan ATM, Azmi Muslim pada aksi Piala Malaysia di Stadium MPS malam tadi. Pasukan bolasepak Terengganu dan T-Team semakin hilang punca.
Pasukan bolasepak Terengganu dan T-Team semalam berputih mata dan nasib mereka pada saingan Piala Malaysia musim 2012 ini terumbang ambing.

Mereka kini berada pada tahap kritikal untuk layak ke pusingan seterusnya. Hanya kemenangan perlawanan berbaki dan kekalahan pasukan pendahulu kumpulan yang mampu menyelamatkan mereka.

Semalam, Sang Penyu rebah lagi, kali ini di Alor Setar. T-Team pula tunduk kepada Selangor 1-0 di Kuala Terengganu.
Pemain Kedah, Vedran Gerc (kiri) mengasak pemain Terengganu, Erison Da Silva dalam perlawanan di Stadium Darul Aman, malam tadi.


Pertembungan antara juara Liga Super, Kelantan dan juara Liga Perdana, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada aksi Kumpulan B kempen Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Selayang malam tadi hangat.

Ini kerana kedua-duanya memerlukan kemenangan dala kumpulan maut yang turut disertai Terengganu dan Kedah. Juara bertahan Negeri Sembilan , gagal memanfaatkan peluang beraksi di halaman sendiri, iaitu di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi apabila sekadar seri tanpa jaringan ketika berdepan Perak dalam aksi Kumpulan C.
 
Seperti diramal, kedua-dua pasukan menampilkan aksi bertenaga dengan melancarkan serangan ke kubu lawan masing-masing sebaik perlawanan bermula.

Begitupun, aksi menarik yang ditampilkan Kelantan dan ATM itu yang berkesudahan seri 1-1, dicemari dengan insiden kekecohan yang dicetuskan segelintir penyokong The Red Warriors ketika perlawanan memasuki minit ke-64.

Kekecohan itu berpunca daripada tindakan pengadil perlawanan, Mohd. Amirul Iz- wan yang tidak memberikan sepakan penalti kepada Kelantan selepas kapten, Mohd. Badri Radzi dijatuhkan dalam kotak penalti.

Akibatnya, perlawanan terpaksa dihenti- kan sementara selama 14 minit. Sebelum itu, ATM terlebih dahulu berjaya merobek gawang Kelantan hasil jaringan pe- nyerang import, Marlon Alex James pada minit ke-60.

Bagaimanapun, Kelantan memusnahkan impian ATM untuk meraih tiga mata penuh apabila memperoleh gol penyamaan menerusi Obinna Nwaner pada lewat perlawanan.

Di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah kembali bernafas untuk meneruskan cabaran dalam saingan Piala Malaysia apabila menumpaskan Terengganu 2-1 dan kemenangan itu meletakkan skuad Kenari berkongsi tiga mata dengan Terengganu pada tangga ketiga dan keempat dalam 'kumpulan maut'. Skuad Kenari bagaimanapun masih berdepan laluan berduri untuk mara ke peringkat suku akhir dengan perlu mencatatkan kemenangan dalam semua baki perlawanan peringkat kumpulan.

Penyerang kebangsaan, Khyril Muhymeen Zambry muncul wira Kedah selepas meledakkan kedua-dua gol tuan rumah manakala gol tunggal Terengganu dijaringkan oleh Abdul Hadi Yahaya.

Kedah membuka jaringan pada minit ke-10 apabila Khyril Muhymeen berjaya meloloskan diri daripada kawalan pertahanan lawan sebelum memperdaya penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee.

Kelebihan jaringan itu bagaimanapun tidak bertahan lama apabila tandukan Abdul Hadi menyamakan kedudukan 12 minit kemudian. Khyril Muhymeen menghadiahkan tiga mata kepada Kedah menerusi jaringan kedua, dua minit selepas rehat.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, T-Team menempah laluan sukar apabila sekali lagi gagal meraih mata selepas tewas 0-1 kepada Selangor dan mata berharga buat skuad Merah Kuning diperoleh hasil sepakan penalti ketua pasukan, Safiq Rahim selepas keputusan pengadil, Mohd. Nazmi Nasarudin yang memberikan sepakan tersebut kepada Selangor apabila penjaga gol T-Team, Syamsuri Mustafa didakwa menjatuhkan pemain Selangor, S.Veenod di depan gawang gol pada minit ke-79.

Keputusan pengadil itu turut mencetuskan rasa tidak puas hati pemain dan penyokong T-Team sehingga berlaku insiden tolak menolak antara pemain dan pengadil. Biarpun pasukan kendalian Yunus Alif itu beraksi cemerlang pada pertembungan itu, namun tidak bernasib baik apabila terpaksa akur dengan keputusan itu dan bakal menempuh laluan berliku pada pusingan kedua.

Perlawanan malam tadi menyaksikan kedua-dua pasukan berbalas serangan memburu gol awal pada babak pertama. Bagaimanapun aksi berbalas serangan terganggu seketika apabila kedua-dua pasukan beraksi dengan lebih berhati-hati ekoran hujan semakin lebat sejak awal perlawanan.

Pasukan T-Team yang berjaya menemui rentak permainan dan peluang untuk menamatkan kebuntuan jaringan.

Namun ia gagal disempurnakan pemain tengah, Hasbullah Awang apabila sepakan lemahnya dari jarak kira-kira 10 meter tersekat ekoran takungan air di depan gawang pada minit ke-33.

Babak kedua perlawanan pula menyaksikan pasukan tuan rumah memperkemaskan jentera serangan apabila melakukan asakan bertalu arus ke gawang gol skuad Merah Kuning.

Malah serangan pemain tengah T-Team, Shahrul Ezrain mencemaskan seketika benteng pasukan pelawat, apabila tendangan lencongnya dari jarak 15 meter pemain itu hanya sedikit tersasar di pintu kanan gol.

Begitupun pasukan pelawat tidak kurang hebatnya apabila cuba bangkit melakukan serangan hasil cubaan pemain sayap kanan Selangor, Solihin Kanasian di dalam kotak penalti bagaimanapun tersasar melewati palang gol pada minit ke-68.

Di Stadium Darul Makmur, Kuantan, skuad Tok Gajah, Pahang 'naik minyak' apabila mengerjakan Sarawak 6-0 dalam aksi Kumpulan D. Penyerang berbisa Pahang, Mohd. Fauzi Roslan muncul wira tuan rumah apabila berjaya melakar hatrik dalam perlawanan itu.

Tiga lagi gol Tok Gajah berjaya diledak oleh Hafiz Kamal, Boris Kockhin dan R. Gopina- than, sekali gus meletakkan skuad kendalian Dollah Salleh selesa menerajui Kumpulan D dengan tujuh mata.

Di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, impian Johor untuk mencatat kemenangan pertama dalam kempen Piala Malaysia tidak kesampaian apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan Lions XII.

Dengan keputusan tersebut, Lions XII kekal menerajui Kumpulan A dengan lima mata. Satu lagi perlawanan kumpulan menyaksikan Johor FC sekadar seri 1-1 dengan Selangor PKNS.

Sumber - Akhbar Harian

2 comments:

  1. Adakah anda memerlukan pinjaman untuk pelaburan yang lebih besar? Pinjaman untuk pengembangan perniagaan? Pinjaman untuk pelaburan baru? Pinjaman untuk membayar hutang dan bil jangka panjang. Tidak perlu lagi, kami adalah pemberi pinjaman bersama bank dan menjamin tawaran yang telus. Kami menawarkan pinjaman faedah 2% tanpa cagaran dan Kami berada di sini untuk meletakkan dan menamatkan kemiskinan dan pengangguran, kerana semua orang mempunyai potensi sendiri. Hubungi kami hari ini melalui E-mel kami: gloryloanfirm@gmail.com dan isikan borang pinjaman tje di bawah

    {Lengkapkan borang di bawah pinjaman}
    Nama anda: ===========
    NEGARA: ===========
    NEGARA ===========
    ALAMAT: ===========
    JENIS GARIS PANDUAN: ===========
    JUMLAH YANG DIPERLUKAN: ===========
    TIME DURATION: ===========
    NOMBOR TELEFON: =========== =============
    Akaun yang lebih baik daripada syarikat yang sah.
    Hubungi e-mel kami: gloryloanfirm@mail.com
    Nota: Tiada apa-apa bayaran cukai dan yuran pendaftaran, sila memohon pinjaman mudah!!

    ReplyDelete
  2. Hello Everyone, nama saya Jane alice seorang wanita dari Indonesia, dan saya bekerja dengan sebuah negara kompensasi bersatu, dan kami telah mendengar dan juga meminjam dari perusahaan pinjaman, dengan cepat saya ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan seluruh Indonesia untuk mencari pinjaman Internet Sangat hati-hati Berhati-hatilah untuk tidak jatuh di tangan scammers dan fraudstars, ada banyak kreditur kredit palsu di sini di internet dan beberapa di antaranya asli dan nyata,

    Saya ingin melempar testimonial tentang bagaimana Tuhan menuntun saya ke pemberi pinjaman yang sebenarnya dan dana pinjaman Real telah mengubah hidup saya dari rumput menjadi Grace, setelah saya tertipu oleh beberapa kreditor kredit di internet, saya kehilangan banyak uang untuk membayar biaya pendaftaran. . , Garansi, pajak, dan setelah pembayaran saya masih belum mendapat pinjaman saya.

    Setelah berbulan-bulan berusaha mendapatkan pinjaman di internet dan jumlah uang yang dihabiskan tanpa mendapat pinjaman dari perusahaan mereka, maka saya menjadi sangat putus asa untuk mendapatkan pinjaman dari kreditor kredit genue online yang tidak akan meningkatkan rasa sakit saya jadi saya memutuskan untuk Hubungi teman saya yang baru saja mendapatkan pinjaman online, kami mendiskusikan kesimpulan kami mengenai masalah ini dan dia bercerita tentang seorang wanita bernama Mr. Dangote yang adalah CEO Dangote Loan Company.

    Jadi saya mengajukan permohonan untuk jumlah pinjaman (Rp400.000.000) dengan tingkat bunga rendah 2%, tidak mengurus se umur saya, karena saya mengatakan kepadanya apa yang ingin saya gunakan untuk membangun bisnis saya dan pinjaman saya telah disetujui dengan mudah. Tanpa stres dan semua persiapan yang dilakukan dengan transfer kredit dan dalam waktu kurang dari 24 jam setelah mendapatkan sertifikat yang diminta, telah disimpan ke bank dan impian saya masuk. Jadi saya ingin saran yang memerlukan panggilan pinjaman cepat sekarang atau email di Dangotegrouploandepartment@Gmail.com

    Dia tidak tahu bahwa saya melakukan ini. Saya berdoa agar Tuhan memberkati dia atas hal-hal baik yang telah dia lakukan dalam hidup saya. Anda juga bisa menghubungi saya di ladyjanealice@gmail.com hari yang menyenangkan info lebih lanjut ..

    ReplyDelete