Friday, August 17, 2012

Polis Terengganu Tingkat Kawalan Di Kedai Emas Dan Institusi Kewangan

Polis Terengganu akan mempertingkat kawalan dan keselamatan di kedai-kedai emas, institusi kewangan dan kedai pajak gadai di negeri itu sepanjang perayaan ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata pihaknya akan tingkatkan rondaan kawalan dan keselamatan bermula hari  ini.

Katanya selain kedai emas dan institusi kewangan, polis juga akan meronda di tempat terdapat mesin pengeluaran automatik (ATM) dan syarikat pengurup wang.


"Kita akan jalankan rondaan di tempat-tempat berkenaan dengan lebih kerap bagi mengelakkan kes kecurian mahupun rompakan di kedai emas pada musim perayaan berulang," katanya kelmarin.

Sementara itu beliau turut mengingatkan orang ramai yang pulang ke kampung untuk berhari raya supaya memaklumkannya kepada pihak polis bagi memudahkan anggota keselamatan membuat rondaan di sekitar kediaman mereka.

No comments:

Post a Comment