Saturday, August 11, 2012

T--Team tak gentar walaupun tewas 3 perlawanan

Tewas kepada dua pasukan pada persaingan persahabatan tidak sedikitpun menggusarkan pengendali skuad T-Team, Yunus Aliff, kerana perlawanan itu lebih kepada medan bagi menguji tahap kecergasan dan untuk meningkatkan keserasian pemain.

T-Team yang diundi dalam Kumpulan D bersama Selangor, Sarawak dan Pahang, tewas kepada Tentera dan Felda United, masing-masing 2-1.

 "Sebelum sepak mula Piala Malaysia, kita mengatur tiga lagi perlawanan persahabatan termasuk bertemu juara Liga Super dan Piala FA, Kelantan selain Perak pada minggu depan.


"Kita menurunkan semua pemain termasuk tiga pemain yang dipinjam dari Sabah dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada dua aksi persahabatan itu.

"Aksi dipamerkan pemain sungguh mengkagumkan dan melebihi tahap ketika beraksi pada pertembungan Liga Super. Kita harap pemain termasuk tiga pemain pinjaman dapat mengekalkan persefahaman dan kecergasan bagi membolehkan T-Team layak menjejakkan kaki ke final Piala Malaysia," katanya.

Musim lalu, T-Team yang bertaraf kelab itu mengejutkan pasukan lain apabila berjaya melayakkan diri ke pertandingan separuh akhir, tetapi kemaraan untuk beraksi pada pertandingan akhir disekat Negeri Sembilan yang menjuarai Piala Malaysia.

Pada aksi timbal balik itu, Negeri Sembilan menang dengan kelebihan 6-3.

No comments:

Post a Comment