Sunday, August 12, 2012
TSG Gugur Beberapa Pelumba Prestasi Menurun
Pasukan Lumba Basikal Profesional Terengganu (TSG) akan menggugurkan beberapa pelumba yang prestasi didapati menurun bagi menghadapi perlumbaan musim baru 2012-2013 yang akan bermula Oktober depan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Hadi Hassan berkata pelumba yang digugurkan itu akan digantikan dengan pelumba pelapis dari skuad Sukan Malaysia (Sukma) 2012.
"Kita terpaksa gugurkan pelumba berkenaan," katanya di Kuala Terengganu, semalam.
Bagaimanapun, Hadi enggan menyebut nama pelumba yang akan digugurkan itu. Menurut beliau musim 2011-2012 akan berakhir pada September ini setelah berakhirnya kejohanan di Indonesia, China dan Brunei pada Oktober depan.
Beliau berkata untuk menghadapi musim baru, TSG akan menambah dua lagi pelumba menjadikan 14 orang berbanding 12 orang sebelum ini.
"Ini termasuk tiga pelumba import iaitu dua daripada Jepun dan seorang dari Korea," katanya. Hadi berkata TSG juga akan menyertai kejohanan jemputan di Eropah sebagai pendedahan kepada pelumba.
No comments:
Post a Comment