Menteri Besar menghantar jemaah haji di LTSM tahun lalu. |
Pengarah Lembaga Tabung Haji Negeri Terengganu, Mohammad Mokhzani Mokhtar berkata dari jumlah itu, seramai 1,700 adalah jemaah dari Terengganu manakala selebihnya sebahagian jemaah dari Kelantan dan Pahang.
"Pada musim haji tahun ini, LTSM di sini mengadakan enam penerbangan pergi dan enam penerbangan balik yang bermula pada 28, 29 dan 30 Sept terus ke Madinah manakala tiga penerbangan lagi iaitu pada 9, 10 dan 11 Okt terus ke Jeddah.
Katanya, enam penerbangan pulang bermula pada 12 Nov dan penerbangan terakhir pada 25 Nov depan.
Mohammad Mokhzani mengingatkan jemaah supaya menjaga kesihatan untuk mampu melakukan ibadat dengan baik di Tanah Suci.
"Paling utama, jemaah haji perlu jaga imej baik sebagai jemaah haji Malaysia," katanya
No comments:
Post a Comment