Wednesday, September 19, 2012

Ahmad Said - Saya Ada Cara Tersendiri Selesai Kemelut PBSNT

 

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said enggan membuat sebarang ulasan berhubung perkembangan pasukan bola sepak negeri itu sebelum satu laporan rasmi oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) diserah ke tangannya.

Bagaimanapun, Ahmad berkata beliau mempunyai caranya sendiri untuk menyelesaikan kemelut itu.

"Saya akan buat ulasan nanti dan saya ada cara saya sendiri untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku.

Tidak baguslah kalau saya buat ulasan hanya berdasarkan andaian semata-mata kerana ia tidak adil kepada pihak-pihak tertentu," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai pergolakan bola sepak Terengganu.

Kelmarin, Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib PBSNT yang bersidang khas selama dua jam menggantung jurulatih Terengganu Peter James Butler selama enam bulan dan denda RM4,000 kerana mengeluarkan kenyataan berhubung disiplin pemain kepada media, tanpa pengetahuan PBSNT.

Butler mendakwa Ismail Faruqi dan Muslim Ahmad telah melanggar disipilin apabila pulang ke bilik penginapan pada pukul 3 pagi dan membawa pulang perempuan ke bilik pada malam sehari sebelum perlawanan Piala Malaysia menentang Kedah pada 28 Ogos.

No comments:

Post a Comment