Tuesday, September 11, 2012

Jel 3 Bulan Gara-Gara Curi 4 Botol Barangan Bayi

Gara-gara mencuri empat botol barangan bayi termasuk mandian dan krim pelembut bayi bernilai RM34.60 di sebuah kedai serbaneka, seorang buruh dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di Kuala Terengganu,  semalam.

Mohd Azli Daud, 29, mengaku salah mencuri empat botol barangan bayi di sebuah kedai serbaneka T-Shoppe, Kampung Durian Burung, Rabu lalu, yang didakwa di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Dengan itu, dia mengaku melakukan kesalahan yang boleh dibaca bersama di bawah Seksyen 511 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, perbuatan Mohd Azli memasukkan barang curi disedari dan diperhatikan pekerja kedai sebelum meminta pertolongan pelanggan untuk menangkapnya.

Hasil pemeriksaan ke atas tubuh badan Mohd Azli, berjaya menjumpai sebotol Johnson’s Baby Milk Bath dan sebotol Johnson’s Baby Bedtime Bath yang disorokkan di dalam kaki seluar di sebelah kiri dipakainya.

Pekerja kedai berkenaan kemudian terus menghubungi polis sebelum Mohd Azli yang memiliki tiga rekod jenayah lampau iaitu mencuri dalam bangunan itu cuba melarikan diri.

Di balai, hasil pemeriksaan lanjut turut menjumpai dua botol lagi barangan bayi yang disorokkan dalam kaki seluar sebelah kanan.

No comments:

Post a Comment