Saturday, September 15, 2012

Kontraktor 'Disenarai Hitam' Tidak Aakan Dapat Projek - Ahmad Said


Kerajaan negeri bertegas untuk tidak menyerahkan sebarang projek kepada kontraktor yang ‘di senarai hitam’ berikutan kegagalan projek masa lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Haji Ahmad Said berucap dimajlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Terengganu berkata, kerajaan mempunyai perancangan pembangunan yang berjadual dan tidak akan menyerahkan projek kepada mereka yang telah terbukti gagal menyiapkan kerja yang diberikan sebelum ini.

Berkutan itu, Kerajaan Terengganu akan menyenarai hitam kontraktor yang gagal menyiapkan sebarang projek yang diberikan.


Beliau meminta para kontraktor memberi komitmen penuh terhadap pelaksanaan sesuatu projek,

"Kalau mereka gagal siapkan projek diberikan sehingga menimbulkan kerugian kepada kerajaan, kita terpaksa senarai hitamkan, biarpun kepada kontraktor Bumiputera," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-36 Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Terengganu di Kuala Terengganu, kelmarin.

Turut hadir Yang DiPertua PKMM Terengganu, Datuk Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri dan Naib Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Datuk Mohd Rosdi Abdul Aziz.

Ahmad Said  turut menyelar sikap sesetengah kontraktor yang tidak amanah dalam hasil kerja menyebabkan banyak projek penyelenggaraan infrastruktur awam dan projek infrastruktur asas di negeri ini, terbengkalai atau runtuh.

“Kalau mereka gagal menyiapkan projek hingga menimbulkan kerugian kepada kerajaan kita terpaksa ‘blacklist’ , biarpun kepada kontraktor Bumiputera, “ katanya.

Menteri Besar  amat maklum semua kontraktor ingin membuat keuntungan ke atas projek yang dilaksanakan tetapi perlu diingat kerajaan juga memerlukan kontraktor yang berwibawa dan bertanggung jawab ke atas kerja yang dilakukan.

“Kita memang nak tolong orang Melayu, tetapi kalau mereka buat kerja sambil lewa termasuk projek yang mesti siap dua tahun, empat tahun pun tak siap lagi macam mana nak beri projek baru,” katanya.

Menteri Besar berkata, untuk projek kerajaan akan datang, pihaknya bercadang untuk menentukan siapa berjaya melalui cara undian agar perkara pembahagian projek itu adil.

Beliau juga mengharapkan setiap projek perlu dipantau sepanjang masa oleh pihak kerajaan agar tidak berlaku penipuan dari segi penggunaan bahan dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment