Sunday, September 30, 2012

OKU Diiktiraf Malaysia Book of Records, Ras Adiba Ikon LJSM

Ras Adiba Radzi (depan) antara peserta mengambil bahagian dalam Larian Jambatan Sultan Mahmud di Kuala Terengganu, semalam.
Personaliti TV, pembaca berita dan atlet paralimpik, Ras Adiba Radzi menjadi salah seorang daripada 187 peserta orang kurang upaya (OKU) yang berjaya mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records setelah berjaya menamatkan Larian Jambatan Sultan Mahmud (LJSM) di Kuala Terengganu.

Malaysia Book of Records telah mengiktirafkan penyertaan OKU teramai menyertai acara maraton sejauh tiga kilometer bersempena Sambutan Hari Keputeraan Sultan Terengganu dan Tahun Melawat Terengganu 2013 di Dataran Bangau, Batu Burok.

Ras Adiba yang juga ikon larian itu melahirkan perasaan gembira bukan sahaja kerana penyertaan mereka diiktiraf malah penerimaan rakyat negeri ini dalam mengadakan atkiviti bersama-sama OKU.

“Saya sangat seronok kerana berpeluang mengambil bahagian dalam pertandingan ini, selain bersaing dalam acara ini kami dapat menikmati pemandangan yang indah di Terengganu.

“Pasti kami akan mengambil bahagian lagi tahun depan dengan lebih ramai penyertaan,” katanya.

Dalam pada itu, Ras Adiba turut berterima kasih kepada Kerajaan Negeri yang memberi penghormatan kepada beliau sebagai duta Larian Jambatan Sultan Mahmud bagi golongan OKU dan mengharapkan aktiviti seperti ini wajar diterus dari semasa ke semasa.

Pada kejohanan itu, Daniel Lee berjaya mengungguli kategori OKU lelaki setelah berjaya menamatkan larian sejauh 3km dengan catatan masa 13 minit 47 saat, manakala tempat kedua menjadi milik Abdul Rahman Razali (14:30s) dan ketiga Razali Cantik (14:33s).

Bagi kategori OKU wanita pula, johan menjadi milik Chow Mei Hsai dengan kepantasan 18 minit 41 saat, kedua Nor Suhaili Yusof (20:06s) dan ketiga Ruslinda Mat Derus (21:57s).

No comments:

Post a Comment