Sunday, September 16, 2012

Pembinaan IPK Negeri, IPD Kuala Terengganu Bermula Tahun Depan - MB

Kanak-kanak turut gembira menerima duit raya daripada Menteri Besar dan Toh Puan
Pembinaan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu yang baru dijangka bermula tahun depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.

Beliau berkata ia kini berada di peringkat terakhir bagi menentukan reka bentuk yang dijangka sofistikated. "Kita sekarang masih menunggu keputusan dari pihak pengurusan mengenai reka bentuk.

Jika sudah ditentukan, pembinaan IPK dan IPD ini akan segera dibuat pada bila-bila masa," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri IPK di Kuala Terengganu, Khamis (13 September 2012).

 Ketibaan Menteri Besar dan isteri pada tengahari tadi disambut Ketua Polis Negeri, SAC Dato’ Jamshah Mustafa dan pegawai-pegawai kanan polis.

Kehadiran pemimpin nombor satu negeri bersama isteri, To’ Puan Seri Norliza Mahmud, ternyata menggembirakan anggota pasukan keselamatan yang memberi sambutan meriah kepada mereka.

Ketibaan Menteri Besar dan isteri pada tengahari tadi disambut Ketua Polis Negeri, SAC Datuk Jamshah Mustafa dan pegawai-pegawai kanan polis.


Pada kesempatan itu, Menteri Besar turut meluangkan masa bagi memberi ‘duit raya’ kepada kanak-kanak yang turut hadir pada majlis berkenaan.

Menteri Besar dan tetamu kehormat dihidangkan dengan pelbagai juadah pada majlis berkenaan.

Sementara itu, Jamshah turut menyampaikan hadiah kepada pemenang gerai cantik sempena sambutan majlis Aidilfitri berkenaan Projek tersebut adalah usahasama dengan kerajaan negeri ini.

Bangunan IPK yang dianggarkan berharga RM100 juta itu akan dibina di sebuah lokasi seluas 8.8 hektar di Bukit Besar sementara bangunan IPD berharga RM60 juta kekal di lokasi asal iaitu di Jalan Sultan Omar, di tengah-tengah bandaraya ini.

Ahmad Said berkata kawasan bangunan IPK dan IPD sedia ada sudah semakin sempit.

No comments:

Post a Comment