Saturday, September 8, 2012

Persatuan Lumba Basikal Terengganu Perluas Pencarian Bakat Ke Hulu Terengganu

Persatuan Lumba Basikal Terengganu memperluaskan pencarian bakat muda dan akan ke Hulu Terengganu dalam masa terdekat bagi tujuan itu.

Ketua jurulatih Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di daerah Hulu Terengganu bagi menjayakan pencarian bakat itu.


"Setakat ini, kita telah membuat beberapa rundingan dengan beberapa pihak tertentu dan jika tiada halangan, kata putus dapat dibuat tidak lama lagi," katanya di Kuala Terengganu, semalam.

Syed Mohd Hussaini berkata inisiatif yang dilakukan itu menjurus ke arah melahirkan lebih ramai bakat muda negara dalam sukan tersebut agar dapat terus menyaingi negara kuasa besar dalam arena berbasikal dunia.

Antara jaguh berbasikal negara yang dilahirkan Terengganu menerusi program sedemikian termasuk Azizulhasni Awang, Fatehah Mustafa, Anuar Manan dan Mohd Harif.

No comments:

Post a Comment