Bola tampar pantai yang mahu dipopularkan di Kemaman...Gambar Hiasan |
Pegawai Daerah Kemaman Mohamad Kamil Othman berkata pihaknya menyokong hasrat Kementerian Belia Sukan (KBS) untuk mencari bakat baharu pasukan bola tampar negara yang dilihat masih di belakang berbanding pasukan negara lain di Asia.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tujuan penganjuran Kejohanan Bola Tampar Pantai Terbuka Terengganu 2012 yang julung kali dianjurkan bermula semalam selama tiga hari di Pantai Teluk Mak Nik di Kemaman hari ini.
"Kejohanan ini disertai 37 pasukan iaitu 24 pasukan lelaki dan 13 pasukan wanita yang terdiri daripada beberapa pemain pelapis negeri, institusi pengajian tinggi, persatuan-persatuan negeri lain dan kelab-kelab dari seluruh Semenanjung," katanya semalam.
Ia menawarkan hadiah wang tunai RM3,000 untuk juara, naib juara RM2,000 dan tempat ketiga masing-masing membawa pulang RM2,000 dan RM1,000 untuk kategori lelaki dan wanita.
Beliau berkata kejohanan itu juga bertujuan mempromosikan pantai tersebut yang turut popular dengan nama Monica Bay sebagai destinasi sukan bola tampar pantai serta pelancongan di Kemaman sempena Tahun Melawat Terengganu 2013.
No comments:
Post a Comment