Monday, October 1, 2012

Gadis Larikan Diri Dari Rumah Buat Kali Kedua

Selepas menghilangkan diri kali pertama dari rumahnya di Chendering di sini pada Mei tahun lalu, seorang gadis, Noor Farah Hieza Mokhtar, 17, mengulangi tindakan serupa bulan lalu.

Tahun lalu, gadis tersebut yang ketika itu berusia 16 tahun berjaya ditemui semula di Johor Bahru selepas 17 hari menghilangkan diri dari rumah.

Berlainan pula dengan kehilangannya kali ini, sudah 40 hari gadis itu tidak pulang selepas keluar dari rumah pada 2 Syawal lalu atau pada 20 Ogos.

Ibunya, Zakiah Abdul Majid, 49, memberitahu, kehilangan anak bongsu dari empat beradik itu menyebabkan dia dan suami Mokhtar Harun, 51, sentiasa resah selain sering menyebabkan kedua-dua mereka jatuh sakit.

“Pulanglah Farah. Semua risau pasal Farah sebab macam-macam jenis orang ada di luar sana. Kami takut jika terjadi apa-apa nanti,” katanya sebak ketika berkunjung ke pejabat Kosmo! semalam.

No comments:

Post a Comment