Friday, October 26, 2012

JPJ Terengganu Lancar Ops Statik Sempena Aidiladha

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mengadakan Ops Statik di lima kawasan 'panas' bermula hari ini sehingga Ahad, sempena sambutan Aidiladha.

Penolong Pengarah Penguat kuasa JPJ Terengganu Hashim Borhan berkata, kawasan terbabit ialah Km 48 Jalan Kuala Terengganu-Bandar Pemaisuri, Km 75 Jalan Kuala Terengganu-Bukit Besi, Km 69 Jalan Kuala Terengganu-Tanjung Jara, KM 126 Jalan Kuala Terengganu-Kijal dan Km 26 Jalan Kuala Terengganu-Wakaf Tapai.

Kesemua lokasi berkenaan dikenal pasti sebagai lokasi sering berlaku kemalangan maut sejak beberapa tahun lepas, katanya di Kuala Terengganu, semalam.

Sementara itu, Hashim berkata sepanjang minggu ini, JPJ Terengganu menyita sembilan kenderaan membabitkan dua kereta, sebuah lori dan enam motosikal atas pelbagai kesalahan yang dikesan ketika operasi.

Dalam tempoh sama juga JPJ mengambil tindakan terhadap 22 kenderaan perdagangan kerana membawa muatan berlebihan, katanya.

No comments:

Post a Comment