Idris merasmikan Klinik1Malaysia di Kampung Nyior Tujuh semalam. |
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan,Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri,Dr A Rahman Mokhtar berkata, bagi mencapai matlamat itu sesebuah klinik 1Malaysia perlu mencapai sasaran sehingga 100 pesakit sehari.
Katanya, jika jumlah pesakit yang berkunjung untuk mendapatkan ratawan harian ia agar sukar bagi kerajaan menimbang untuk menempatkan doktor di klinik berkenaan.
“Oleh itu orang ramai yang tinggal berhampiran Klinik 1Malaysia perlu memberi sokongan dan menggunakan perkhidmatan yang sedia ada di klinik terbabit bagi memudahkan Jabatan Kesihatan menempatkan seorang doktor,” katanya.
Dr A Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut berkata demikian pada majlis perasmian Klinik 1Malaysia di Kampung Nyior Tujuh, dekat Jertih, semalam.
Pengerusi MARA yang juga ADUN Jertih, Datuk Seri Idris Jusoh merasmikan klinik berkenaan.
Beliau memberi jaminan perkhidmatan di Klinik 1Malaysia akan memberi khidmat tidak lebih daripada setengah jam kepada semua pesakit yang datang untuk menerima rawatan.
Sementara itu, Idris berkata klink terbabit yang mula beroperasi awal tahun ini dapat mengurangkan jumlah pesakit yang datang menerima rawatan di Hospital Besut (HB).
Beliau berharap, orang ramai yang tidak memerlukan rawatan kritikal diminta datang ke klinik berkenan kerana ia mampu memberi perkhidmatan terbaik kerana mempunyai pelbagai kemudahan dan ubat yang cukup.
No comments:
Post a Comment