Monday, October 1, 2012

Kerajaan Sedia Kemudahan Insurans Kepada Anggota RELA - Hishammuddin


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kerajaan bersetuju menyediakan kemudahan perlindungan insurans kemalangan diri kepada anggota pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA).

Katanya, kemudahan insurans sehingga RM40,000 itu melibatkan tempoh perlindungan mulai 5 Sept lalu hingga 4 Sept 2014.

"Buat permulaan, seramai 100,000 anggota RELA akan diberi kemudahan itu," katanya semasa menghadiri majlis RELA Bersama Pemimpin di Dewan Pak Musa, di Beaufort, Sabah.

Jelas Hishamuddin perlindungan insurans tersebut meliputi, kematian ketika bertugas, hilang upaya menyeluruh kekal semasa bertugas, hilang upaya separa kekal sementara semasa bertugas, perbelanjaan perubatan, elaun hospital, alat ganti palsu dan khairat kematian.

Sehingga 27 Sept lalu, RELA mempunyai keanggotaan hampir 3 juta di seluruh negara.

No comments:

Post a Comment