Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu akan membangunkan lebih 100 hektar tanah wakaf di negeri ini untuk meningkatkan ekonomi penduduk setempat.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Rozali Salleh berkata MAIDAM akan mendapatkan kerjasama pelbagai agensi khususnya dari Yayasan Terengganu dan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji untuk memastikan projek yang dilaksanakan benar-benar berfaedah dan memberi nilai tambah kepada masyarakat.
Katanya Terengganu adalah antara negeri yang memiliki jumlah tanah wakaf
yang luas dan projek yang dikenal pasti untuk dibangunkan termasuk
pembinaan asrama pelajar, pusat rawatan bagi pesakit buah pinggang,
rumah kediaman dan hotel.
Antara yang sedang dibina ialah hotel bernilai RM41 juta bersebelahan Masjid Zainal Abidin Kuala Terengganu setinggi 7 tingkat dengan kemudahan 180 bilik dan dijangka siap awal tahun depan serta pusat hemodialisis di Kampung Balik Bukit, Jerteh, serta di Kampung Gong Kepas di Jertih.
Rozali menambah antara tanah wakaf lain yang sedang dibangunkan ialah Pulau Kerengga berhampiran Penjara Marang.
No comments:
Post a Comment