Monday, October 8, 2012

Masalah Mental Remaja - Kerajaan Serius Tangani

Tiong Lai bersama petugas majlis Hari Kesihatan Mental Sedunia di Taman Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur semalam.
Kementerian Kesihatan memandang serius trend peningkatan masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja berusia 15 tahun ke bawah di negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, statistik menunjukkan masalah kesihatan mental melibatkan golongan itu meningkat kepada 13 peratus pada 1996, 19.4 peratus pada 2006 dan 20 peratus tahun lalu.

"Kita amat bimbang dengan trend peningkatan masalah kesihatan mental remaja dan kanak-kanak kerana ia dikhuatiri boleh membantutkan proses pembangunan kerana golongan ini merupakan aset negara," katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Kebangsaan 2012 di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau menarik perhatian bahawa golongan remaja dan kanak-kanak kini dipengaruhi internet dan teknologi komunikasi sehingga kurang berinteraksi manakala ibu bapa yang sibuk bekerja pula memandang ringan peranan mereka dalam memberi sokongan kepada anak-anak. Kosmo!

No comments:

Post a Comment