Jabatan Mufti Negeri Terengganu akan menganjurkan Seminar Pendidikan Fatwa dan Falak di Dewan Sungai Tarom, Setiu pada 1 November depan.
Seminar itu diadakan dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Yayasan Islam Terengganu (YIT), Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom) dan Pejabat Daerah Setiu, Majlis Daerah Setiu serta Pejabat Agama Daerah Setiu itu dijangka disertai 500 peserta.
Seminar kali kedua pernah diadakan itu antara lainnya akan membincangkan isu-isu semasa yang berkaitan dengan astronomi dalam kerangka metodologi ilmu falak serta menyalurkan maklumat astronomi kepada segenap lapisan masyarakat.
Turut menyentuh tentang kefahaman mengenai isu-isu berhubung fatwa yang telah diputuskan oleh jawatankuasa fatwa dan membantu masyarakat dalam memahami isu akidah yang terpesong dari ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Tiga orang panel pembentang akan dijemput sepanjang seminar berlangsung yang terdiri daripada Penolong Pegawai Fakulti Pengajian Kontemprari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Encik Ahmad Taufan Abdul Rashid.
Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Ustaz Mohd Nidzam Abdul Kader.
Pengersui Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri,
YB Haji Khazan Che Mat dijangka akan melakukan perasmian seminar berkenaan.
No comments:
Post a Comment