Tuesday, October 9, 2012
Pensyarah Didakwa Jual Diploma RM1,500
Seorang bekas pensyarah kolej swasta di ibu kota mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Johor Bahru semalam atas dakwaan menerima suapan sebanyak RM1,500 kerana menjual diploma palsu pada Mac lalu.
Tertuduh, Elmy Shadzly Wahi, 40, memohon dibicarakan selepas tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz.
Bekas pensyarah Fakulti Kulinari dari Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMU) itu didakwa menerima suapan daripada Izam Mustafa sebanyak RM1,500 melalui akaun miliknya yang dimasukkan secara deposit tunai.
Semasa kejadian, Elmy masih bekerja di kolej tersebut.
Wang RM1,500 sebagai dorongan kerana tertuduh membekalkan Diploma Dalam Bidang Pengurusan daripada Nilai University College di Negeri Sembilan kepada Izam.
No comments:
Post a Comment