Tuesday, October 2, 2012

Perkaya Bina Institut Tahfiz, Lahir Anak Yatim Berwibawa Dalam Agama

Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu (Perkaya) merancang membina dua institut tahfiz bagi melahirkan anak yatim yang berwibawa dalam bidang agama.

Yang Dipertuanya, Datuk Dr Tengku Mahmud Mansor berkata Institut Tahfiz Perkaya itu akan dibina di Marang dan Dungun dengan kos kira-kira RM1.5 juta.
"Kita jangka kedua-dua institut itu akan siap dalam masa satu setengah atau dua tahun. Perkaya mengalu-alukan sekiranya ada syarikat atau individu yang ingin mewakafkan simen, pasir dan sebagainya.

"Langkah Perkaya ini kerana mendapati anak-anak yatim di Perkaya tidak sampai tahap dikehendaki, terutama dalam bidang keagamaan," katanya semalam.

Beliau berkata sehubungan itu, jawatankuasa Perkaya bersetuju mengubah dasar dengan menggabungkan pengajian sekolah biasa dan tahfiz.

Tengku Mahmud juga berkata usaha itu dijangka melahirkan anak yatim yang menghayati Al-Quran selain cemerlang dalam akademik seperti sains, matematik dan kejuruteraan.

No comments:

Post a Comment