Sunday, October 21, 2012

Program1MDB: 100 Rumah Orang Miskin, 80 Rumah Nelayan Dibaiki Di Kuala Nerus

Sebanyak 100 rumah orang miskin dan 80 rumah nelayan di kawasan Parlimen Kuala Nerus di Kuala Terengganu dikenal pasti untuk dibaik pulih di bawah program Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sepanjang tahun ini.

Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri berkata program itu membabitkan peruntukan RM1.1 juta.

Peruntukan itu merupakan peruntukan tambahan daripada kerajaan pusat selain peruntukan yang disediakan oleh kerajaan negeri, katanya selepas menyampaikan surat pelantikan kontraktor bagi program baik pulih rumah berkenaan.

Katanya daripada jumlah itu sebanyak RM500,000 untuk membaiki 100 buah rumah orang miskin dengan bantuan sebanyak RM5,000 bagi setiap buah rumah dan bakinya untuk membaiki 80 buah rumah nelayan.

Beliau menggesa penduduk di kawasan itu yang kebanyakannya petani dan nelayan memanfaatkan peruntukan besar yang disediakan kerajaan dalam Belanjawan 2013 bagi memajukan sektor pertanian dan perikanan

No comments:

Post a Comment