Tuesday, October 9, 2012

Projek Tanaman Fertigasi Di Terengganu Diberi Nafas Baru

Projek tanaman fertigasi di negeri ini bakal dihidupkan semula menerusi kerjasama Syarikat GM Peladang Sdn Bhd Universiti Sultan Zainal Abidin, Jabatan Pertanian Terengganu, Lembaga Pertubuhan Peladang Terengganu dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Terengganu.

Penasihat GM Peladang Ghazali Muda berkata mengikut kajian syarikat itu, hampir 90 peratus daripada 180 pengusaha tanaman fertigasi di Terengganu tidak dapat meneruskan projek tersebut atas pelbagai masalah.

"Sebab itu kita menganjurkan bengkel semalam untuk mencari apa masalah projek itu tidak dapat dilaksana dengan jayanya dan penyelesaian kepada masalah itu.

"Selepas ini kita berharap dapat menghasilkan sebuah 'pilot project' dan mengenal pasti jenis tanaman berpotensi untuk dikomersilkan daripada segi kos pengeluaran, pemasaran dan potensi pendapatan," katanya.

Beliau ditemui selepas Majlis Perasmian Bengkel Fertigasi 2012 oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani Terengganu Sha'ari Idris, di Kuala Terengganu semalam.

2 comments:

  1. Bio-One-Plus
    untuk maklumat lanjut mengenai Baja Cecair mikro Bio-One-Plus boleh ke mdaarifent.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. we have coco peat stock.
    5Kg block RM6 only.

    And DISCOUNT for the customers who buy 2000 or more blocks.

    We are located at kuala lumpur

    mail us at

    marketing@seribubio.com
    chandrar@seribubio.com
    for our standard quotations.

    ReplyDelete