Thursday, October 18, 2012

Projek Tanaman Fertigasi Di Terengganu Dihidupkan Semua

Projek tanaman fertigasi di negeri Terengganu bakal dihidupkan semula menerusi kerjasama GM Peladang Sdn Bhd, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniZA), Jabatan Pertanian Terengganu, Lembaga Pertubuhan Peladang Terengganu dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu.

Penasihat GM Peladang Ghazal Muda berkata, mengikut kajian syarikat itu, hampir 90 peratus daripada 180 pengusaha tanaman frigat di Terengganu tidak dapat meneruskan projek tersebut atas pelbagai masalah.

"Sebab itu kita menganjurkan bengkel baru-baru ini untuk mencari apa masalah projek itu tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya dan penyelesaian kepada masalah itu.

"Selepas ini, kita harap dapat menghasilkan satu projek perintis dan mengenal pasti jenis tanaman berpotensi untuk dikomersialkan dari segi kos pengeluaran, pemasaran dan potensi pendapatan," katanya semalam.

Beliau berkata projek tanaman frigat itu dimulakan kerajaan negeri Terengganu pada pertengahan 2007 dengan 180 peserta menerima modal awal RM57,600 seorang.

No comments:

Post a Comment