Friday, October 26, 2012

Tasik Kenyir Terima Hampir 269,700 Pelancong 8 Bulan Pertama 2012

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said di Santuari Kelah di Tasik Kenyir...
Tasik Kenyir menerima kunjungan 269,863 pelancong dalam lapan bulan pertama tahun ini berbanding 165,905 dalam tempoh sama tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Datuk Rahin Mohd Said berkata angka tersebut diperolehi melalui laporan beberapa hotel di sekitar tasik tersebut.

Bercakap kepada pemberita di Kuala Terengganu semalam,  beliau berkata pembangunan yang begitu agresif di samping promosi yang baik memberi kesan cukup positif dari segi kehadiran pelancong ke Tasik Kenyir.

Rahin berkata menjelang akhir tahun ini, Tasik Kenyir dijangka akan menerima pelancong lebih 300,000 orang.

No comments:

Post a Comment