Gambar Hiasan - Ini bukan tijah, ini remis....tijah lebih kecil. |
Namun, 'tijah' yang dimaksudkan bukan nama manja seorang wanita, sebaliknya sejenis hidupan sungai seakan remis yang didakwa penduduk dilihat kali terakhir kira-kira 50 tahun dahulu.
"Dah lama kita tak jumpa tijah...ada 50, 60 tahun rasanya, masa saya kecil dulu ada jumpa," kata Pengerusi Koperasi Rukun Tetangga Losong Atap Zink, Hasan Ismail kepada Bernama.
Katanya tijah dikesan semula kira-kira seminggu lepas oleh sekumpulan anak muda yang memancing di kawasan tersebut.
"Mereka tak kenal tijah, tapi ingat macam remis jadi mereka kutip dan bawa balik, lalu tersebar cerita," katanya. Susulan itu, penduduk kawasan sekitar kini memenuhi tebing Sungai Terengganu untuk mencari dan mengutip hidupan tersebut sebaik air sungai surut.
"Ada orang yang dapat sehingga tiga kilo sekali cari. Ini satu rezeki yang tidak disangka kepada penduduk-penduk kampung Losong Atap Zink yang kebanyakan nelayan," katanya.
Sementara itu, Minah Ali, 54, dari Kampung Losong berkata tijah merupakan makanan kegemarannnya ketika kecil. "Tijah ni macam remis, tapi lebih kecil. Cukup enak dimasak pedas atau gulai lemak," katanya yang tidak melepaskan peluang mencari hidupan itu sebaik mendengar cerita mengenainya.
Katanya beliau hanya ingat menikmati hidangan itu semasa kecil dahulu. Bagi seorang nelayan, Awang Sulong, 55, beliau masih ingat ketika zaman kanak-kanak turun ke Sungai Terengganu untuk mencari tijah. "Jika tiada ikan, tijah jadi lauk," katanya.
Beliau berkata tidak ramai yang mengenali hidupan itu, apatah lagi anak muda sekarang kerana tijah sukar ditemui. "Dulu tijah biasa dijual di pasar," katanya.
No comments:
Post a Comment