Monday, October 29, 2012

UniSZA Anjur Seminar Al-Quran Antarabangsa Disember Ini

Penganjur Seminar Antarabangsa Al-Quran Dalam Masyarakat Kontemporari 2012 (SQ 2012) sudah bersedia untuk menyambut ketibaan kira-kira 400 peserta termasuk dari luar negara yang akan menghadiri seminar itu pada 1 Dis ini.

Pengerusi seminar, Prof Madya Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi berkata SQ 2012 anjuran Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI) Univeristi Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan kerjasama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan turut disertai wakil dari The World Islamic Sciences and Education University (WISE), Jordan.

"Seminar antara lain bertujuan membincang isu-isu kontemporari perspektif Quran menjadi bukti ketinggian fungsi dan rujukan autoritatif dan autentik relevan dalam segenap aspek kehidupan manusia," katanya di Kuala Terengganu, semalam.

Engku Ahmad Zaki berkata seminar yang julung kali diadakan itu berlangsung selama dua hari di Hotel Permai Inn, akan mendengar pembentangan ucaptama oleh Datuk Prof Dr Zulkifli Mohd Yusof, profesor di Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith Univeristi Malaya.

Beliau berkata seminar itu akan membincangkan sejumlah kertas kerja oleh peserta dari dalam dan luar negeri termasuk wakil daripada WISE.

No comments:

Post a Comment