Thursday, November 1, 2012

2 Lagi Suspek Serang Kontraktor Di Marang Serah Diri


Dua suspek yang terlibat dalam kes menyerang seorang kontraktor di Marang Rabu lepas, tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang, petang kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata suspek berumur 45 dan 50 tahun itu menyerah diri pada kira-kira 2 petang selepas dua rakan mereka ditahan awal pagi semalam.

Beliau berkata seorang daripada mereka merupakan suspek utama yang mengugut mangsa ketika dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu.

Pada Selasa, Bernama melaporkan nyawa seorang kontraktor dan keluarganya diancam sekumpulan lelaki gara-gara tidak berpuas hati berkaitan pembayaran sebuah projek.

Terdahulu, polis menahan seorang pemandu lori berumur 47 tahun dan seorang anggota bomba berusia 39 tahun kerana dipercayai terlibat dalam kes itu pada kira-kira 1 pagi di Kampung Wakaf Beruas.

Kes disiasat mengikut seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan seksyen 506 Kanun Keseksaan bagi kesalahan ugutan jenayah.

No comments:

Post a Comment