Gambar Hiasan...anggota tentera yang menabur bakti kepada negara. |
Pengarah JHEV Cawangan Kelantan dan Terenganu, Mejar Abu Bakar Siddik Sulaiman berkata pihaknya menganggarkan terdapat kira-kira 12,000 bekas tentera tidak berpencen di Terengganu dan 32,000 orang di Kelantan.
"Namun, jumlah sebenar hanya diketahui apabila mereka ini tampil untuk mendapatkan borang permohonan yang akan melayakkan mereka menerima sumbangan RM1,000 seperti mana yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2013 baru-baru ini.
"Sehubungan itu, jabatan berharap agar semua bekas tentera tidak berpencen ini supaya mengambil borang yang mula dikeluarkan esok dan tamat pada 30 Nov ini," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat prosedur sumbangan itu kepada ketua-ketua cawangan daerah dan anggota jawatankuasa Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Terengganu di Kuala Terengganu, semalam.
Alhamdulillah. Terima kasih kerajaan. Terdapat kawan saya yang ingin menggunakan wang tersebut untuk membeli smart h/phone kerana melalui h/phone dapat ia menghubungi pelanggan-pelangan, sanak saudara dan sebagainya. Hubungan persaudaraan dan persahabatan akan bertambah baik. Pelanggan menjadi lebih ramai. Perniagaan bertambah untung.
ReplyDeleteH/phone juga boleh digunakan merakam gambar keluarga, acces internet, membuat panggilan jika ada kecemasan dan sebagainya. Beliau sangat bersyukur atas pemberian sumbangan kerajaan RM1,000 itu. H/phone itu akan digunakannya untuk beberapa tahun, katanya.