Saturday, November 17, 2012

FAMA Terengganu Anjur Karnival Halal 1Malaysia Best Disember ini

Fama Terengganu akan menganjurkan Karnival Halal 1Malaysia Best selama empat hari bermula 20 Dis ini yang terbuka kepada semua, terutama usahawan kecil Pantai Timur.

Usahawan yang berminat untuk menyertai karnival itu boleh menghubungi Fama Terengganu di talian 09-6224144, 6224191.

Pengarahnya Hasan Jusoh berkata karnival itu bertujuan mempromosikan produk makanan dari negeri Pantai Timur yang mendapat pengiktirafan 1Malaysia Best.

Karnival ini juga terbuka kepada masyarakat di luar Pantai Timur yang berminat mempromosi produk mereka, katanya di Kuala Terengganu, semalam.

Menurut Hasan, sebanyak 100 gerai akan disediakan Fama Terengganu pada karnival itu. Selain mempromosi produk, usahawan juga berpeluang menjalin hubungan kerja serta memperluas pasaran, katanya.


Dalam perkembangan lain, Hasan berkata Fama Terengganu akan menyertai Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) yang akan diadakan di Serdang, Selangor dari 23 Nov hingga 3 Dis ini.

Beliau berkata pihaknya akan membawa usahawan yang mahir dalam masakan tradisional Terengganu seperti nasi dagang, kerepok lekor, paih, sata dan lain-lain untuk membuat promosi pada ekspo tersebut.

No comments:

Post a Comment