Wednesday, November 21, 2012

Gangguan Bekalan Air Di Kuala Terengganu 26 November

Sebanyak 23 kampung di sekitar Kuala Terengganu bermula dari Pulau Duyung hingga ke Gong Badak akan mengalami gangguan bekalan air selama 10 jam pada 26 Nov ini (Isnin depan).

Antara kampung terlibat ialah Pulau Duyong, Taman Semarak, Kampung Pengkalan Arang, Kampung Pak Katak, Kampung Teluk Ketapang dan Tok Jiring yang akan mengalami ganguan bekalan bermula pukul 9 pagi sehingga 6 petang.

Sehubungan itu, SATU menasihati penduduk di kawasan terbabit agar menyimpan air secukupnya.
Pengguna boleh hubungi talian 1300-882-112 atau 09-6201179 untuk pertanyaan dan aduan.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) Husain Embong berkata gangguan disebabkan kerja pembinaan Projek Pembinaan Terowong di Jalan Kemajuan di Kuala Terengganu, yang melibatkan pengubahsuaian paip air SATU.

Gangguan akan melibatkan 25,000 akaun pengguna, katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. Katanya bekalan dijangka terputus terus pada waktu puncak.

No comments:

Post a Comment