Tuesday, November 13, 2012

Jambatan Bukit Kuang Lewat Siap Kerana Kurang Pekerja - Ahmad Said


Kelewatan menyiapkan projek pembinaan Jambatan Bukit Kuang di Kemaman mengikut jadual asal berpunca daripada kekurangan pekerja, kata Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.

 Hanya terdapat 60 orang pekerja sahaja di tapak pembinaan jambatan itu berbanding 180 pekerja untuk memastikan pembinaan jambatan yang menelan belanja RM185 juta itu berjalan lancar.


"Tenaga pekerja yang digunakan sekarang hanya 1/3 daripada jumlah yang sepatutnya dan perkara ini perlu diberi perhatian segera oleh kontraktor berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek pembinaan jambatan itu di Kemaman,semalam..

Ahmad Said juga berkata, kerajaan negeri Terengganu akan membina satu lagi jalan raya, iaitu susur keluar dari jambatan Bukit Kuang menuju ke Bandar Baru Kijal sepanjang kira-kira lima kilometer.

Katanya, projek pembinaan jalan raya itu telah diluluskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa lawatan beliau baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment