Thursday, November 8, 2012

Kelibat Ela, Butler - Siapa Ketua Jurulatih Terengganu?

Elavarasan dilantik sebelum Lembaga Disiplin FAM memutuskan kes rayuan Butler, juga pada bulan lalu.

Persoalan siapa sebenarnya ketua jurulatih Terengganu juga masih belum terjawab apabila Butler dan E dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan Penyu oleh Che Mat sebelum Lembaga Disiplin FAM memutuskan kes rayuan Butler, juga pada bulan lalu. turut berada di tepi padang ketika perlawanan persahabatan skuad Penyu itu dengan skuad Piala Emas Raja-Raja Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, semalam.

Butler yang ditamatkan kontrak September lalu selepas digantung enam bulan dan didenda RM4,000 oleh PBSNT, disahkan semula sebagai ketua jurulatih apabila Lembaga Rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menarik balik semua hukuman ke atasnya bulan lalu.

Elavarasan yang sebelum ini melatih pasukan FELDA United FC, dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan Penyu oleh Che Mat sebelum Lembaga Disiplin FAM memutuskan kes rayuan Butler, juga pada bulan lalu.

Butler yang sempat berjabat tangan dengan Elavarasan di tepi padang sebelum perlawanan persahabatan bermula, berkata penonton di stadium mungkin tertanya-tanya siapakah sebenarnya ketua jurulatih pasukan mereka.

Jurulatih berusia 46 tahun itu berkata, dia bersedia untuk berundur secara baik sekiranya PBSNT sanggup membayar pampasan kerana kontraknya masih berbaki 14 bulan.

Tanpa pampasan "Saya boleh menerima tawaran yang munasabah namun ketika pertemuan dengan mereka pagi tadi (semalam), mereka meminta saya meninggalkan pasukan tanpa sebarang pampasan,” katanya.

Jurulatih berbangsa Inggeris itu, berkata dia kecewa kerana PBSNT gagal menangani isu penamatan kontraknya dengan baik, adil dan segera walaupun sudah jelas, pengurusan pasukan mempunyai penggantinya.

"Buat masa ini, saya tidak mempunyai pilihan lain selain daripada turun menjalani latihan bersama pasukan dan saya akan terus melakukan kerja saya sebagai ketua jurulatih Terengganu sehingga isu ini selesai,” katanya yang dikaitkan dengan perpindahan ke T-Team musim depan.


No comments:

Post a Comment